PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini, masalah sosial di kalangan Malaysia semakin meruncing dan meningkat. Hal ini bukan sahaja membimbangkan kerajaan, malah juga masyarakat.

Khususnya, aktiviti jenayah telah menjejaskan imej negara Malaysia dan juga menjatuhkan akhlak dan moral dalam masyarakat khasnya di kalangan remaja. Terdapat pelbagai jenis kes jenayah seperti pembuangan bayi, penderaan terhadap kanak-kanak, gangsterisme dan vandalisme, merogol, masalah rasuah, masalah disiplin, masalah kesihatan dan kebersihan, pekerja asing, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Antara kes-kes jenayah, rasuah dan pembuangan bayi adalah masalah serius dan sukar diatasi di negara kita.

Ternyata bahawa pendidikan moral, sivik, pendidikan Islam masih jauh dalam menangani masalah sosial ini. Oleh itu, pihak kerajaan harus mengemukakan dasar-dasar baru untuk mengurangkan kes jenayah yang berleluasa dan dan menjamin reputasi, keselamatan, keamanan rakyat Malaysia dalam masa depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK


Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak berlaku apabila terdapat segelintir ibu bapa yang tidak bertanggungjawab menyeksa anak mereka tanpa belas kasihan. Kes penderaan kanak-kanak seperti ini semakin berleluasa di Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, kita sering terbaca tajuk-tajuk utama di dada akhbar tempatan mengenai kes penderaan terhadap kanak-kanak. Kes penderaan terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan kerana kes ini menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Kajian mendapati bahawa sebanyak 7 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan setiap hari. Kes seperti ini sudah semestinya akan menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan.Kes penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah penderaan fizikal, mental dan seksual kanak-kanak. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada berlakunya peningkatan kes penderaan terhadap kanak-kanak dan langkah bagi mengatasi peningkatan kes ini.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak-kanak ialah terdapat segenlintir ibu bapa yang kurang didikan agama. Ilmu agama amat penting kepada setiap individu terutamanya individu yang ingin mendirikan rumah tangga. Perkara seperti ini amatlah penting kerana dengan ilmu kita mampu berfikir dengan waras apa yang baik dan apa yang buruk. Ibu bapa yang kurang didikan agama akan kerap melakukan perkara yang zalim dan keji di sisi agama. Ibu bapa yang kurang mendapat sokong
an sosial daripada masyarakat juga boleh mendorong kepada berlakunya kes penderaan kanak-kanak. Kes penderaan kanak-kanak boleh berlaku apabila terdapat ibu bapa yang gagal mengawal perasaan dan emosi lalu melepaskannya kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang kurang didikan agama ini juga akan lebih agresif apabila anak-anak mengganggu emosi mereka. Penderaan terhadap kanak-kanak akan berkurangan sekiranya ibu bapa mempunyai ilmu agama yang cukup tidak kira Melayu, Cina mahupun India.

Tekanan perasaan di tempat kerja juga boleh mendorong kepada peningkatan kes penderaan kanak-kanak. Pada zaman serba maju ini, kebanyakan wanita lebih berminat untuk bekerja daripada hanya duduk di rumah. Hal ini demikian kerana peningkatan harga barangan mend
orong para wanita pada masa kini bekerja dan memperolehi pendapatan sendiri. Ibu bapa yang bekerja mungkin akan mrngalami tekanan di tempat kerja akibat dimarahi oleh pihak atasan. Setibanya di rumah, ibu bapa yang mengalami tekanan pasti akan melepaskan kemarahan pada anak-anak mereka dan pada keluarga. Perkara seperti ini amat membimbangkan kerana ibu bapa yang tidak dapat mengawal perasaan marah mampu melakukan pelbagai perkara tanpa disedarinya. Emosi yang tidak stabil akan mendorong ibu bapa berbalahan sesama sendiri dan anak-anak merekalah yang menjadi mangsa. Kes penderaan kanak-kanak akan terus meningkat sekiranya perkara seperti ini terus berlaku. Perancangan keluarga amatlah penting bagi membina keluarga yang harmoni.

Kekurangan sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga juga salah satu punca berlakunya peningkatan kes penderaan kanak-kanak. Pada masa kini, sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga tidak cukup jika hanya bergantung kepada kerja seharian t
erutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Ibu bapa akan berasa tertekan dengan situasi ini malah ditambah lagi dengan karenah kanak-kanak yang menginginkan sesuatu barangan seperti permainan. Keadaan ini akan menambahkan lagi beban ibu bapa mecari duit untuk menunaikan permintaan anak-anak mereka. Penderaan berlaku apabila ada segelintir ibu bapa yang gagal mengawal perasaan marah terhadap anak-anak mereka yang meninginkan sesuatu barangan itu. Kebanyakan ibu bapa yang berasa tertekan akan melepaskan kemarahan mereka dengan memukul anak-anak tanpa belas kasihan. Perkara ini sudah semestinya akan meningkatkan kadar kes penderaan kanak-kanak.

Masalah penderaan terhadap kanak-kanak haruslah dibendung kerana perkara seumpama ini akan meruntuhkan institusi kelurga. Pelbagai langkah yang boleh dilakukan seperti mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen seperti ini penting bagi golongan yang sudah berkeluarga tetapi tidak kurang penting juga bagi golongan remaja. Kempen seperti ini makan mengajar ibu bapa betapa pentingnya anak-anak kepada mereka kerana anak-anaklah yang akan menjaga kita di hari tua kelak. Kempen ini juga penting kepada golongan remaja kerana kempen ini akan memberikan pendedahan kesan yang akan berlaku kepada masyarakat sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus meningkat. Program seperti ini penting kepada sesebuah negara kerana perancangan seperti ini mampu membuka mata rakyat sedunia tentang kesan yang akan berlaku sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus meningkat.

Pihak-pihak yang berwajib juga haruslah memberikan perhatian yang lebih terutamanya kepada ibu bapa yang kurang didikan agama. Pelbagai kursus seperti kursus pra-perkhawinan juga boleh dilancarkan untuk memberikan pengajaran dan pendidikan kepada ibu bapa mahupun golongan muda yang bakal mendirikan rumah tangga. Pendidikan seperti ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka tentang kesan yang akan berlaku sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus meningkat. Mungkin, dengan adanya program seperti ini mereka akan lebih sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul dalam membesarkan anak-anak sangatlah berat dan biarpun begitu mereka haruslah sabar dalam menempuhi kehidupan bekeluarga. Mereka akan lebih jelas mengenai cara-cara mengatasi tekanan serta cara malayan pasangan dengan baik. Hal seperti ini sudah semestinya akan mengurangkan kes penderaan kanak-kanak.

Kesimpulannya, penderaan terhadap kanak-kanak merupakan perbuatan yang cukup keji terutama di sisi agama Islam. Hal ini seolah-olah ingin menjahanamkan aset sesebuah negara kerana anak-anaklah yang akan mewarisi sesebuah ekonomi negara. Anak-anak juga merupakan anugerah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam menjaga amanah Allah. Anak-anak seumpama kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan mereka sehingga mereka meningkat dewasa. Jika mereka diperlakukan dengan perbuatan yang agresif pada usia mereka masih kecil, tidak mustahil mereka akan bertindak lebih agresif pada masa akan datang. Hargailah anak-anak dan jangan sakiti mereka kerana ia tidak akan menguntungkan kepada mana-mana pihak malah ia akan memberikan kesan yang buruk pada masa akan datang.


Dituliskan oleh: Muhammad Zamri bin Ali

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MASALAH MEROKOK


Merokok ialah kebiasaan seseorang yang melibatkan diri dalam ketagihan tembakau atau didefinikasikan sebagai satu aktiviti ketagihan. Apakah itu rokok? Rokok adalah diperbuat daripada daun-daun tembakau yang telah dicacah serta bergulung menjadi berbentuk silinder. Biasanya, diameter bagi sebatang rokok ialah 10mm, serta penjangnya adalah antara 70 hingga 120mm.

Masalah merokok diterima secara meluas dalam masyarakat kita, malah kadang kala ia dianggap sebagai satu norma yang membanggakan. Menurut kajian, kadar peratusan rakyat yang menghisap rokok di negara kita kian meningkat dari semasa ke semasa. Kajian tersebut juga menyatakan bahawa bilangan golongan wanita yang merokok juga semakin bertambah. Hal ini telah membimbangkan pihak berkenaan seperti kerajaan kerana tabiat merokok akan membawa kesan terhadap negara kita.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama membincangkan
punca-punca yang menyebabkan masyarakat begitu gemar merokok walaupun telah mengetahui bahawa merokok akan membawa impak yang buruk kepada kita sehingga tragedi kematian akan berlaku. Sikap dan tanggapan seseorang terhadap merokok boleh dikatakan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka melibatkan diri dalam kegiatan ketagihan tersebut. Dalam pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda berpendapat bahawa merokok adalah satu perbuatan yang bergaya. Mereka beranggapan bahawa menghisap rokok melambangkan kedewasaan serta kematangan.

Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga mengakibatkan remaja kini merokok walaupun umur mereka di bawah 18 tahun. Hal ini adalah kerana mereka diajak oleh rakan mereka untuk mencuba. Fikiran remaja yang masih mentah tentulah tidak dapat tahan daripada godaan tersebut. Mereka akan terikut-ikut dengan perbuatan rakan mereka tanpa berfikir dengan kesan-kesannya. Malah, sifat remaja yang mementingkan air muka turut menyebebkan masalah ini bertambah buruk.

Merokok akan memuda
ratkan kesihatan kerana rokok mengandungi banyak kandungan yang memberi ancaman kepada kesihatan kita. Antara kandungan tersebut ialah Tar, Nikotin, Karbon Monoksida dan lain-lain lagi. Seseorang yang merokok akan lebih terdedah kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan masalah paru-paru. Merokok juga membawa kemautan dan kematian sekiranya sentiasa menghisap rokok tanpa had.

Tar mengandungi lebih kurang 43 jenis bahan kimia yang akan mengakibatkan kanser dalam badan kita. Bahan kimia seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon(PAH) telah disahkansebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. Nikotin pula ialah punca utam penagihan yang bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik. Menurut kajian saintifik, nikotin adalah sejenis najis dadah. Oleh itu, seseorang yang kehabisan rokok selalunya berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan. Dengan ini, agak susah bagi seseorang untuk meninggalkan tabiat tersebut. Nikotin turut mengakibatkan risiko serangan penyakit jantung dan strok kepada individu yang merokok. Rokok juga mengandungi gas yang bahaya dan beracun yang berkenali sebagai Karbon Monoksida ini akan menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan sel-sel di badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya paras gas ini melebihi 60% berada dalam tubuh seseorang, dia akan mengalami kematian atau kemautan.

Tambahan pula, peningkatan kadar peratusan rakyat yang merokok di negara kita membawa masalah sosial seperti kes pencurian. Hal ini kerana pena
gih rokok memerlukan modal yang agak banyak untuk membeli tembakau yang dijual di pasaran. Kini, sekotak rokok berharga hampir RM6.00 ke atas. Ini merupakan beban yang amat berat untuk ditanggung oleh penagih rokok terutamanya bagi golongan remaja yang merokok. Mereka merupakan golongan yang tidak berpendapatan dan memelurkan sumber kewangan daripada ibu bapa mereka. Kadang kala, mereka merahsiakan bahawa mereka merokok serta mencuri wang daripada ibu bapa mereka untuk membeli rokok. Setelah diketahui oleh ibu bapa bahawa mereka merokok, golongan belia ini akan mencari jaln untuk mencuri harta benda orang lain supaya mereka bermodal untuk melibatkan diri dalam kegiatan ketagihan.

Untuk membendung masalah merokok, pihak sekolah patutlah sentiasa memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan mengamalkan aktiviti menghisap rokok. Sebagai contah, pihak tersebut bolehlah mengadakan ceramah yang bertemakan anti merokok di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.

Peranan ibu
bapa tururtlah penting dalam mengatasi masalah merokok. Ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik, mengajar dan mengasuh anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Mereka seharusnya mendidik remaja agar mereka mengelakkan diri daripada gejala sosial seperti merokok dan mencuri. Bak kata pepatah, "bapa borek, anak rintik", ibu bapa haruslah memberi contoh yang baik kepada generasi muda ini. Sekiranya mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab itu dengan baik, generasi muda tentulah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang jahat.

Pihak kerajaan
seharusnya menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras tabiat merokok di kalangan masyarakat. Selain itu, kempen anti merokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya juga satu langkah yang baik. Kempen yang berlandaskan slogan "Tak Nak!" ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini telah disebarkan secara meluas dalam media di seluruh negara. Iklan-iklan anti merokok yang disiarkan menerusi surat khabar, radio dan televisyen ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada penagih rokok tentang tabiat merokok dan kesannya supaya kadar perokok dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, "bersatu teguh, bercerai roboh", semua pihak sepatutnya bekerjasama dan berganding bahu untuk menyelesaikan masalah sosial ini.hal ini kerana tabiat merokok bukan sahaja mengancam kesihatan malah akan mencemerkan alam sekitar. Oleh itu, masyarakat terutamanya golongan muda seharusnya menjauhkan diri daripada tabiat buruk ini supaya dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Dituliskan oleh: O Sok Ying

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MASALAH DISIPLIN


Sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat laporan media mengenai masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah yang agak membimbangkan pelbagai. Fenomena melanggar disiplin sekolah merupakan satu masalah yang perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan generasi masa akan datang dari menjadi manusia yang bakal menimbulkan pelbagai masalah sosial. Kemerosotan akhlak dalam kalangan generasi muda pasti akan merugikan negara dalam jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, terdapat pihak yang menjalankan kajian bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah disiplin. Menurut kajiat tersebut, faktor-faktor seperti umur, jantina, pendapatan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya menjadi penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Oleh itu, pihak-pihak terlibat perlulah mengambil langkah yang efisien untuk membanteras masalah ini.

Masalah disiplin dalam k
alangan pelajar sekolah lazimnya berpunca daripada kekurangan sokongan keluarga yang menyebabkan pelajar tersebut melibatkan diri dalam kegiatan seperti ini. Pada umumnya, ibu bapa yang sibuk mengejar kekayaan sehingga tidak sanggup meluangkan masa untuk berinteraksi bersama anak-anak. Malah, ibu bapa juga sanggup bekerja pada hari cuti dan mengambil jalan muda untuk menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh atau dijaga oleh pembantu rumah. Hal ini meyebabkan anak-anak mereka berasa sunyi, terabai dan memendamkan perasaan marah terhadap ibu bapa mereka. Perasaan terabai dan marah di dalam hati anak-anak ini menyebabkan mereka mengalami tekanan sehingga cepat marah, tidak rasional, mengikut perasaan dan akan melakukan sesuatu untuk melepaskan kemarahan ataupun demi mendapatkan perhatian. Sebagai contohnya, anak-anak akan berasa amat sensitif sekiranya diusik oleh rakan-rakannya sehingga tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan mulalah bertumbuk apabila tahap kesabarannya mencapai tahap maksimum.


Punca yang seterusnya ialah pengaruh rakan sebaya. Apabila mereka kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa, mereka akan mencari keseronokan melalui orang ketiga iaitu rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar tersebut akan mengikut apa sahaja yang melakukan oleh rakan-rakan mereka tanpa memikirkan akibat atau keburukan perbuatan mereka. Hal ini mendorong kepada penglibatan
mereka dalam masalah disiplin di sekolah seperti melibatkan diri dalam pergaduhan, ponteng, melukiskan gambar atau kata-kata lucah di dinding sekolah, mencuri, merokok di dalam kawasan sekolah, melawan kata-kata cikgu dan sebagainya. Walaupun keseronokan tersebut tidak lama, tetapi kesan daripada perbuatan pelajar-pelajar ini adalah amat serius sehingga pelajar-pelajar tersebut boleh digantung sekolah, dibuang sekolah atau dimasukkan ke dalam lokap jika terlibat dalam kes pergaduhan yang secara tidak langsung akan memusnahkan masa hadapan mereka.

Usaha yang paling utama dan efisien bagi menangani masalah disiplin d
i sekolah adalah dengan cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa perlu bijak dalam medidik anak-anak mereka agar tidak terjerumus dalam masalah disiplin ini. "Bagaimana acuan, begitulah kuihnya" dan "melentur buluh, biarlah dari rebungnya" merupakan ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiao ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan dengan hal agama sejak kecil lagi supaya anak-anak mereka menyedari sesuatu perkara sama ada betul atau salah dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.

Pengenalan semula mata pelajaran Pedidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) kepada semua sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah pelajar di sekolah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para pelajar dan PSK juga berperanan dalam memupuk nilai-nilai murni dalam nanuri setiap pelajar. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya yanpa keganasan, memahami kepelbagaian agama dan budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Kesimpulannya, pelbagai usaha boleh dilakukan bagi membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Semua pihak haruslah berganding bahu supaya masalah ini tidak berlarutan dan bertambah serius. Pihak kerajaan dan swasta perlulah memainkan peranan penting dalam hal ini supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan masa depan pelajar, malah turut akan menjejaskan masa depan negara dan bangsa secara tidak langsung kerana pelajar merupakan para pemangkin negara pada masa depan. Pelajar merupakan aset negara yang bernilai dan harus dibentuk dengan baik.


Dituliskan oleh: Vishalini a/p Vasoo Devan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KES ROGOL


Rogol merupakan satu jenayh keganasan yang berbentuk seksual. Dari segi undang-undang, rogol merupakan perbuatan memasukkan zakat lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang tanpa persetujuan. Statistik menunjukkan dari sedi umur mangsa dalam tahun 1995, 60 peratus kes melibatkan mangsa yang berusia 16 tahun dan ke bawah. Pada tahun berikutnya peratusan bertambah kepada 67.1 peratus. Di Malysia, pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku setiap hari. Ini bermaksud setiap hari kita mengadaikan maruah wanita yang mungkin seorang ibu, isteri, pelajar dan pekerja. Data purata umur perogol di negara ini ialah 41 tahun. 37 peratus perogol terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas, manakala mereka yang merogol kenalan berusia 40 tahun dan ke bawah. Di Malaysia hanya 27 peratus perogol terdiri dari kumpulan usia di bawah 25 tahun.


Faktor-faktor yang mendorong berlakunya kes rogol adalah cara pemakaian wanita yang terlalu mendedehkan tubuh badan mereka. Statistik menunjukkan 42 peratus perempuan berpenampilan seksi,
18 peratus pakaian yang menampakkan buah dada mereka, 3 peratus pakaian yang lutsinar. Cara pemakaian mereka merangsang sesetengah kaum Adam untuk merogol. Oleh hal yang demikian, wanita dinasihati agar pemakaian menutup aurat dan tidak menjolok mata. Selain itu, kaum lelaki dikatakan tidak mampu mengawal hawa nafsu mereka sehingga sanggup merogol seseorang walaupun orang tersebut merupakan anak kandungnya sendiri. Kebiasaannya, perogol merupakan orang yang dikenali oleh mangsa temasuk kenalan biasa, kenalan baru, bapa kandung, bapa tiri, pak cik, jiran, teman lelaki, majikan dan lain-lain. Selain itu, wanita tidak harus keluar bersendirian pada waktu malam. Ini menyebabkan perogol mengambil kesempatan dengan mudah untuk merogol wanita yang lemah. Tambahan pula, pengaruh alkohol dan dadah mencetuskan terjadinya gejala rogol. Apabila seseorang mengambil alkohol dan dadah dalam kuantiti yang banyak, maka mereka tidak akan sedar dan amat mudah untuk melakukan sesuatu di luar rasional seperti merogol. Mereka tidak akan peduli walaupun perempuan itu anak kandung atau adik kandungnya.

Kesan-kesan kes merogol adalah penyebaran jangkitan penyakit seksual, sep
erti virus HIVyang amat senang merebak melalui hubungan seksual. perogol mungking menghidap penyakit HIV. maka, apabila dia merogol perempuan yang lain, virus penyakit HIV akan merebak ke dalam darah perempuan tersebut. Selain itu, terdapat banyak kes serangan seksual berakhir dengan kematian mangsa. Rogol juga boleh mengakibatkan kecederaan fizikal serius seperti pendarahan gynekologi. Hal ini disebabkan oleh tindakan perogol yang sangat ganas dan aggresif untuk merogol perempuan. Ada juga perogol yang akan menggunakan peralatan seperti pensil, kayu mop, benda-benda yang tajam dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kecederaan pada bahagian sulit perempuan tersebut. Terdapat juga ada perempuan yang hamil dan melahirkan anak luar nikah setelah dirogol. Hal ini menjejaskan imej dan masa hadapan gadis tersebut serta mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit yang berbahaya. Mangsa-mangsa rogol biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi. Mereka akan dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat, berasa terhina, kotor dan malu apabila soalan-soalan sensitif dan pemeriksaan diperlu untuk pendakwaan. Mereka juga akan menderita seorang diri dan mungkin mengahdapi masalah sewaktu berkahwin. Ini menyebebkan mereka berasa tegang, pilu, kemurungan, dosa, malu, marah, ketidakselesaan pada perut dan kadang-kala kegundahan.

Langkah-langkah untuk mengatasi kes rogol adalah menggalakkan golongan perempuan mempelajari ilmu mempertahankan diri. Pada zaman yang serba modern ini, perempuan harus mempelajari teknik-teknik untuk mempertahankan diri. Contohnya, seperti taekwondo, karate, judo dan sebagainya. Dengan mempelajari seni pertahanan diri, wanita akan menjadi berani, berkeyakinan dan mempunyai daya untuk mempertahankan diri apabila diancam oleh perogol. Maka, gejala kes rogol dapat dikurangkan. Selain itu, pendedahan yang awal harus didedahkan kepada masyarakat tentang kes rogol. Remaja yang berusia 13 tahun dan ke atas harus didedahkan tentang kes rogol sejak zaman persekolahan lagi. Pendedahan ini mampu menjamin remaja untuk tidak terjebak dalam gejala merogol ini dan selalu berwaspada dengan lelaki. Kerajaan juga memainkan peranan yang penting. Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang dengan menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada perogol seperti hukuman gantung sehingga mati. Hukuman sedemikian akan menakutkan orang lain untuk melakukan dosa ini.

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu untuk menangani kes rogol. Pihak kerajaan serta masyarakat harus saling berganding bahu mengiktiarkan pelbagai alan penyelesaian untuk membendung ancaman kes rogol.


Dituliskan oleh: Pathmahsini a/p Subramaniam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

PEMBUANGAN BAYI

Saban hari, isu pembuangan bayi hangat kembali. Pada 18 Julai 2010 yang lalu, janin berusia empat bulat ditemui ditanam di bahu jalan berhampiran Bandar Puteri Puchong, Selangor. Pada bulan yang sama, bayi yang dipercayai dua hbaru ari dilahirkan dijumpai di lorong belakang sebuah kedai di Taman Beverly, Kuching. Ibu bapa yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini sanggup membuang bayi mereka di tempat-tempat seperti longkang, tong sampah, mangkuk tandas dan ada yang ditanam hidup-hidup. Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia, sebanyak 407 kes pembuangan bayi berlaku dalam tempoh tahun 2005-2010 dan sebanyak 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf dari tahun 2000-2008. Statistik tersebut jelas membuktikan bahawa gejala pembuangan bayi dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja. Oleh hal demikian, punca-punca berlakunya kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa ini haruslah dikaji secara mendalam dan langkah-langkah yang sepatutnya harus dipraktikkan untuk membanteras gejala ini.

Faktor utama berlakunya kes pembuangan bayi adalah faktor masyarakat. Masyarakat yang kurang prihatin dan bersikap dingin terhadap isu ini merupakan salah satu punca gejala ini berlaku secara berterusan. Secara amnya, masyarakat sering memandang rendah atau memandang kotor terhadap golongan yang terlibat dalam perbuatan zina, mengadakan hubungan seksual sebelum kahwin atau pergaulan seks bebas. Oleh itu, apabila seseorang remaja perempuan hamil sebelum kahwin, remaja terbabit akan menganggap dirinya tidak dapat diterima oleh masyarakat dan berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat di sekitarnya. Justeru, remaja terbabit enggan meminta pertolongan daripada sesiapa dan mengambil jalan muda untuk membuang bayi yang baru dilahirkan itu semata-mata tidak mahu terasa dipinggirkan oleh masyarakat walaupun timbul rasa bersalah dan berasa menyesal di sudut hatinya.

Selain itu, kurangnya didikan agama juga merupakan punca berlakunya kes pembuangan bayi di ne
gara kita. Golongan remaja pada masa kini lebih mengutamakan keseronokan diri seperti meniru budaya punk dan black metal dari menerima didikan agama serta mendalami ilmu keagamaan. Malahan, ada di antara mereka yang berpendapatan bahawa mempelajari atau mendalami ilmu keagamaan adalah perlakuan yang dilabelkan sebagai kolot. Oleh yang demikian, golongan remaja mudah terpengaruh dan terperangsang apabila didedahkan dengan bahan-bahan lucah yang mudah didapati dalam media elektronik dan media cetakan. Seterusnya, remaja yang mudah terpengaruh akan mempunyai keinginan dan cuba untuk mempelajari apa yang dilihat dalam bahan-bahan lucah tersebut tanpa ingin mengetahui sama ada perbuatan tersebut adalah baik atau buruk, betul atau salah, serta kesannya terhadap diri sendiri. Tatkala, kesan daripada perbuatan zian tersebutlah yang menyebabkan ramai remaja yang hamil pada usia yang amat muda. Bak kata pepatah, "jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis", yang bermaksud hendaklah selalu beringat, berhati-hati dan jangan terpedaya oleh sesuatu yang elok dan baik rupanya.

Seterusnya, faktor keluarga turut mendorong pertambahan kes pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan remaja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap ibu bapa yang terlalu menggongkong atau terlalu memberi kebebasan merupakan penyumbang kepada gejala ini. Ibu bapa yang terlalu menggongkong iaitu bersikap terlal
u tertutup, mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak bersikap ingin memberontak. Apabila remaja tersebut mempunyai peluang keluar dari rumah, remaja ini akan bertindak secara luar kawalan dan berkelakuan tidak rasional. Malah, bagi keluarga yang terlalu memberi kebebasan, tanpa panduan, pengawasan dan tumpuan daripada ibu bapa, remaja mudah hilang pengawalan diri sehinggalah terjerumus dalam kancah sosial ini. Malahan, kurangnya komunikasi di antara anak-anak dan ibu bapa berkenaan didikan pendidikan moral mahapun pendidikan seks dalam keluarga juga merupakan salah satu faktor remaja terlibat dalam perbuatan zina.

Perbuatan membuang bayi merupakan satu jenayah serius malah zalim. Oleh hal yang demikian, langkah-langkah yang berkesan haruslah diambil oleh semua pihak bagi mengatasi gejala sosial ini. Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang amat penting dalam membantu membanteras gejala tersebut. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa mereka untuk berkomunikasi dengan remaja, menghormati mereka dengan memberi tumpuan semasa mereka bercakap, cuba untuk memahami dan menerima pendapat anak-anak, memberi didikan agama dan pendidikan sosial yang sesuai jika mendapati anak mereka memiliki bahan atau cetakan lucah sejak kecil lagi. Ibu bapa juga harus mengawal anak-anak agar tidak terjerumus dalam pergaulan yang terlampau bebas. Bagi anank-anak yang sudah terlanjur, ibu bapa haruslah bersabar, bersama-sama berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan bukannya hanya memaki-hamun atau menghalau anak-anak mereka. Justeru, dengan sokongan dan didikan daripada ibu bapa, remaja diyakini tidak mudah terjerumus dalam gejala sosial ini.

Pihak kerajaan mengambil peranan yang sama penting dalam usaha membanteras kes pembuangan bayi. Pertama, kerajaan boleh mengkaji dan menggubal undang-undang agar hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap sesiapa yang terlibat dalam pembuangan bayi. Kelakuan ini dapat menghindari remaja supaya tidak membuang bayi secara sesuka hati, dan pada masa yang sama dapat memberi amaran kepada mereka bahawa tidak mengawalkan pergaulan secara bebas serta mengelakkan diri dari melakukan perbuatan zina. Selain itu, kerajaan juga dicadangkan untuk membuka Pusat Penjaga Ibu-ibu muda atau ibu-ibu tunggal yang mengandung ini adalah bertujuan untuk membimbing, memberi kaunseling serta menyelamatkan nyawa-nyawa bayi yang tidak berdosa daripada dibuang dan dibunuh. Pusat menjaga bayi luar nikah ini memberi peluang kepada anak-anak yang tidak berdosa itu menjalani dan mempunyai hidup yang lebih sempurna dan keperluannya terjaga. Pusat tersebut juga akan membuka peluang kepada pasangan yang tidak mempunyai anak dan ingin untuk mengambil anak angkat. Langkeh untuk membanteras gejala pembuangan bayi ini turut dipraktikkan di negara-negara barat seperti "Baby's Craddle" di Jerman. Melalui cara ini, nyawa bayi yang tidak berdosa bukan saja dapat diselamatkan, malahan masa depan anak-anak tersebut juga terjamin di samping memberi peluang kepada si ibu dan si bapa untuk menginsafi perbuatan mereka.

Akhirnya, langkah yang boleh dilakukan oleh masyarakat adalah mengadakan kempen-kempen program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh badan-badan sekarelawan, badan kebajikan, media massa mahupun setiap komuniti masyarakat. Misalnya menerusi rancangan program televisyen, pihak media boleh menjemput si ibu yang pernah membuang bayi memberi ceramah agar membangkitkan kesedaran remaja agar sentiasa berwaspada terhadap setiap perlakuan sendiri, tidak melakukan dosa yang akan dikesali kemudian dalam sepanjang hayat sendiri. Kempen pendidikan agama juga boleh diadakan pada masa yang sama untuk memberi pengajaran kepada remaja agar menghargai kesucian diri dan menjadi seseorang yang bermaruah dan berakhlak.

Kesimpulannya, anak-anak merupakan nyawa yang dikurniakan oleh Allah. Setiap nyawa ini mempunyai hak untuk hidup di dunia ini dan bukannya diperlakukan sebegini. Jadi, setiap warganegara mempunyai tanggungjawab untuk membantu dalam membanteras kem pembuangan bayi ini supaya tidak menular dengan lebih serius lagi, sebagaimana yang sentiasa dikatakan, "mencegah adalah lebih baik dari mengubati".


Dituliskan oleh: Lim Yng Yng

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

GANGSTERISME


Gangsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap semakin menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh membantutkan perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gangsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gangsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara.

Dalam pada itu, ahli-ahli pe
nyelik telah membuat kajian terhadap ciri-ciri gangsterisme dan mendapati bahawa mereka yang terlibat dalam gangsterisme pada umumnya mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi juga terdapat gang khusus yang berbeza antara satu sama lain dan boleh berubah mengikut keadaan semasa dan tempat. Ciri-ciri gangs ialah ahli-ahli terdiri daripada etnik yang sama, ahli-ahli memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi, ikatan yang kukuh, semua ahli memahami matlamat serta tanggungjawab masing-masing, perintah disampaikan mengikut hieraki, identiti berdasarkan kepada kawasan dan sekolah dan pengambilan ahli baru yang berterusan terutama di sekolah. Hasil analisis telah membuktikan antara faktor-faktor yang mendorong kepada gejala gangsterisme adalah institusi kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya, kekuatan mental individu, kesan persekitaran, media massa dan didikan agama.

Dalam era yang serba modern ini, meman
g tidak dapet dinafikan bahawa wang dan kebendaan adalah penting untuk memperolehi kehidupan yang lebih selesa. Ramai ibu bapa yang menghaniskan masa membuat kerja lebih masa demi memperoleh lebih nafkah bagi menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik. Hal demikian menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa yang terluang untuk menemani dan berkomunikasi dengan anak-anak. Namun, kesungguhan dan pengorbanan ibu bapa ini untuk memperoleh lebih nafkah bagi memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada anak-anak tidak fahami oleh anak-anak. Anak-anak yang terasa terabai ini mula berasa ibu bapa tidak memahami kehendak dan keperluan mereka dan mereka mula mencari tempat lain untuk mendapat perhatian.

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang amat kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul, malahan pengaruh kuat dari rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil sebagai anggota kumpulan gang ini. Hal ini demikian kerana pada usia remaja, rakan sebaya sering dianggap sebagai individu yang paling memahami diri mereka, tempat mereka meluahkan perasaan dan tempat mereka mendapatkan bantuan. Selain itu, ideologi yang dipegang oleh ahli-ahli kumpulan ini menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan. Kerjasama antara mereka ini menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk mengesan san membanteras gejala gangsterisme.

Di samping itu, faktor kekuatan mental se
seorang individu juga merupakan faktor yang mempengaruhi gejala gangsterisme. Secara amnya, kebanyakan remaja yang terlihat dalam aktiviti ini adalah remaja yang masih tidak mempunyai haluan dalam hidup mereka dan masih terkapai-kapai mecari jalan kehidupan. Desakan dan kesempitan hidup yang dihadapi oleh mereka mendorong mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya ke atas pendidikan mereka dan menganggap keciciran dan ponteng sekolah merupakan amalan yang biasa. Ketiadaan "role model" dalam keluarga menyebabkan mereka tidak mempunyai contoh yang baik untuk dicontohi. Justeru, remaja yang tidak mempunyai pendirian dan tidak mimikirkan masa depan ini akan mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya.

Perkembagan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempeng
aruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi "role model" bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendegar dan penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.


Didikan agama merupakan salah satu elemen yang penting dalam membentuk individu yang berpesonaliti baik serta berakhlak. Kesibukan dan kegagalan ibu bapa untuk memberi didikan agama kepada anak-anak mendorong peningkatan gejala gangsterisme. Kekuatan agama dalam sanubari sesorang individu dapat mengelakkan seseorang individu tersebut dari terperangkap dalam gejala ini. Hal ini kerana remaja mampu membezakan apa yang betul dan apa yang salah serta apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan. Malah, remaja juga jelas dengan setiap tindak-tanduk mereka, mempunyai tanggungjawab terhadap setiap perlakuan mereka dan mempuny
ai pendirian yang kukuh.

Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala gangsterisme adalah ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting untuk membentuk generasi muda yang berakhlak. Walaupun sibuk denga
n pekerjaan masing-masing, ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk menemani, berkomunikasi dan berusaha memahami anak-anak. Ibu bapa juga harus memberi ruang kepada anak-anak untuk meluanhkan perasaan mereka dan memberi pandangan mereka. Komunikasi yang berkesan amat penting untuk mengukuhkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, bak kata pepatah, "bagaimana acuan begitulah kuihnya". Selain itu, ibu bapa tidak harus menolakkan semua tanggungjawab mendidik anak-anak kepad institusi pendidikan dan hanya menudingkan jari ke arah institusi pendidikan apabila anak-anak didapati berkelakuan tidak baik.

Justeru itu, institusi pendidikan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gangsterisme. Institusi pendidikan boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gangsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Kokurikulum di sekola
h mampu memainkan peranan besar di dalam membentuk sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatauan, kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharuhi supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya.

Akhirnya, media massa perlulah memainkan peranan yang proaktif untuk membanteras gejala ini. Waulapun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk industri media massa, media boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan
program yang bersifat pembentukan keperibadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja menonton "role model" yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka.

Kesimpulannya, gejala gangsterisme amat dibimbangi kerana gejala ini akan memusnahkan generasi muda kita, yang merupakan bakal pemimpin negara kita di masa depan. Semua pihak haruslah memandang serius hal ini dan tidak mengamalkan sikap berprasangka buruk terhadap mereka yang terlibat dalam gejala ini. Masyarakat tidak harus melontarkan cemuhan ke arah mereka dan memaksa mereka ke jalan buntu, sebaliknya haruslah memberi peluang kepada mereka agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan. Sebagai manusia, ada kalanya, kita ada membuat kesalahan dan memilih jalan yang salah. Jauh di dalam hati mereka, ada di antara mereka yang menyesali perbuatan mereka tetapi tidak mempunyai peluang untuk kembali ke pangkal jalan.


Dituliskan oleh: Caryn Neoh Wan Fang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

GEJALA RASUAH

Di zaman global masa kini, tidak ada negara yang terkecuali dari masalah rasuah. Kesan dan akibat rasuah terhadap ekonomi, politik dan sosial dialami oleh semua negara di dunia. Masalah rasuah telah wujud sejak berkurun lama lagi. Rasuah selalu diibaratkan senagai penyakit kanser yang boleh merepak kepada masyarakat dan menghancurkan sesebuah negara dengan secara perlahan-lahan. Dewasa ini, gejala rasuah bukan lagi merupakan satu kejutan, tetapi sudah mendarah daging di dalam tubuh masyarakat. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita penangkapan, dakwaan dan juga hukuman ke atas pesalah rasuah, dari sekecil-kecil kes hinggalah ke kes yang melibatkan personaliti yang berprofil tinggi.

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Orang yang memberi rasuah disebut "rasyi", sedangkan yang menerimanya disebut "murtasyi", sementara perantaraan di anatara mereke berdua disebut "raisy". Dalam masyarakat melayu, ada peribahasa yang boleh dikaitkan bagi orang-orang yang terlibat dengan rasuah seperti "duit kopi", "tumbuk rusuk", "belanja kopi", "pembasah leher", "pekaras", "minyak pelincir", "wang bawah meja", "boleh runding", "faham-faham sahaja" dan lain-lain lagi. Berdasarkan peribahasa dan terma tersebut, jelas mengatakan bahawa rasuah memang ada wujud tetapi disebut dengan bahasa kiasan sahaja.

Beberapa k
ajian telah dijalankan bagi mengenalpasti sebab-sebab berlakunya rasuah. Rasuah tidak mempunyai golongan yang spesifik malah ianya dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari golongan berpelajaran atau tidak, golongan atasan, pertengahan atau bawahan. Faktor penting yang menyebabkan berlakunya rasuah ialah peluang, gaji dan dasar. Jika gaji pegawai atau kakitangan kerajaan terlalu rendah, maka mereka akan menggunakan kuasa dan jawatan mereka sebagai peluang untuk mengambil, meminta dan menerima rasuah.

Punca berlakunya rasuah boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu faktor individu dan faktor kepimpinan, sistem pentadbiran dan dasar. Faktor individu dapat dikategori oleh kurang penghayatan agama Islam, sikap tidak bermoral dan beretika, sikap tamak dan kebendaan, mempunyai keinginan dan peluang, sikap hidup dengan mewah, berbelanja melebihi kemampuan dan hilang sifat amanah dan kawalan diri. Manakala faktor kepimpin
an, sistem pentadbiran dan dasar yang merupakan kelemahan pemimpin dalam sesebuah organisasi, sistem pentadbiran yang tidak effisien dan lemah, proses dan prosedur kerja yang memberikan ruang untuk rasuah, kelemahan pemantauan dan penyelenggaraan daripada pihak pengurusan dalam sektor awam dan swasta, pelaksanaan projek-projek yang idak mempunyai asas serta kawalan dan penurunan kuasa yang terlalu banyak.

Rasuah telah membawa banyak kesan-kesan buruk sama ada ke
pada individu, masyarakat ataupun negara. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Pertama, terhakisnya konsep keadilan. Apabila sumber-sumber ekonomi dimonopoli oleh sekelompok pihak yang mampu memberikan "sogokan" yang amat lumayan tetapi tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak memberikan kualiti yang baik dalam melaksnakan tugas, akibatnya rakyatlah yang terpaksa menanggung padah. Kedua, masyarakat akan hilang hormat dan kepercayaan kepada individu atau institusi-institusi yang terlibat dengan rasuah. Hal ini amat merbahaya kerana kebanyakan individu dan institusi yang terlibat di dalam menerima rasuah adalah pihak berkuasa. Ketiga, dari segi hukuman, orang yang bersalah kerana melanggar undang-undang tetapi memiliki kekayaan, seolah-olah menjadi "kebal" kerana boleh menggunakan kuasa wang untuk melepaskan dirinya dari dikenakan hukuman. Keempat, hilangnya amanah di dalam sesuatu urusan, kerana mereka bukan lagi nekerja sebagai satu amanah, tetapi kerana manfaat yang boleh diraih dengan jawatan yang dimiliki. Selain itu, rasuah juga dapat membebankan golongan orang taraf kemiskinan, melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran, menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran, tumpuan pembangunan yang tidak seimbang, kenaikan kos barang dan perkhidmatan, mengurangkan pendapatan negara, mencemarkan imej negara dan sebagainya.

Beberapa langkah yang boleh diambil oleh individu untuk menjauhi gejala rasuah. Antaranya termasuklah menjalankan tugas harian berlandaskan ajaran agama, menanamkan sifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa, menjalankan amanah yang diberikan, menanamkan sikap nilai-nilai murni, menjauhi diri daripada akhlak atau kelakuan yang tidak baik, berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, menolak tawaran rasuah dengan tegas. Oleh yang demikian, perubahan ini hanya akan berjaya jika seseorang yang pengamal rasuah itu mengubah dirinya sendiri. Membanteras rasuah melibatkan pelbagai pihak masyarakat. Dengan itu, adalah penting bagi setiap individu memainkan peranan bagi menjauhi kegiatan rasuah. Masyarakat hendakalah bekerjasama dan berganding bahu untuk sama-sama mendukung hasrat negara dalam membanteras gejala rasuah ini dengan cara tidak melakukan rasuah, tidak cuba untuk berjinak-jinakdengan perbuatan rasuah, mengamalkan nilani-nilai murni seperti jujur, amanah, ikhlas dan betrtanggungjawab di dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

Rasuah, walau apa jua pengertian yang diberikan oleh berbagai pihak, ianya tetap salah. Kita wajar dan patut sama-sama memikul tanggungjawab untuk membanteras rasuah. Kita hendaklah juga mengukuhkan dan meningkatkan nilai-nilai murni serta menghayati ajaran agamasebagai pegangan hidup. Ini kerana gejala rasuah ini, walau sebesar atau sekecil manapun ianya dilihat tetapi kesan-kesannya adalah amat buruk sehingga akan menghancurkan negara secara keseluruhannya. Janganlah kita memberi mewujudkan satu keadaan yang menyebabkan negara asing melabelkan negara kita sebagai "indah khabar daripada rupanya".


Dituliskan oleh: Tea Ker Shin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

PENYALAHGUNAAN DADAH


Dadah adalah musuh dan pemusnah kehidupan. Penagih dadah dikenali sebagai hidup dengan bergantung kepada dadah. Kebiasaanya ia akan mendatangakan perasaan gembira yang melampau kepada penagih atau penagih bertujuan lari daripada kenyataan. Pada permulaannya ianya dianggap penyelesay masalah hidup atau satu cara mencari ketenangan hidup, namun lama-kelamaannya ianya telah bertukar menjadi racun kepada diri dan kehidupan. Disebabkan ketagihan dadah,ramai jiwa dan nyawa telah musnah. Contohnya, penagih dadah cenderung menggunakan secara berterusan walaupun berlaku sesuatu masalah dalam diri dan masyarakat, sering terlibat dengan masalah perundangan serta meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya.

Faktor-faktor yang menyebabkan se
seorang mengambil dadah ialah ingin mencuba, terikut-ikut dengan kawan, amalan kawasan sekelilingnya, suasana semasa seperti berlakunya peperangan atau munculnya pelbagai jenis kelab malam yang ditubuhkan bak cendawan tumbuh selepas hujan di merata-rata tempat, tekanan dari pelajaran, pekerjaan dan masyarakat serta bagi tujuan merawat. Pada pendapat saya, punca utama yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah ialah masalah personalitinya yang tidak dapat mengawal dirinya mengambil dadah. Dalam masyarakat, terdapat banyak jenis dadah yang kerap disalahgunakan seperti candu (ia boleh melahirkan rasa gembira dan penahan sakit), kokain (munculnya perasaan keyakinan yang kuat), tembakau, ganjal, alkohol, hidu gam dan petrol, dan sebagainya.

Tanda-tanda yang membolehkan kita
mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti dia akan sentiasa gelisah dan penat, bercakap merepek, menghidari kawan biasa yang tidak mengambil dadah, prestasi kerja atau akademik yang merosot, mencuri wang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja, perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian dan lain-lain lagi. Di samping itu, kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan kenersihan dan kesihatan diri (dia mungkin akan menghidapi kanser paru), kesihatan mental, prestasi pelajaran, hubungan sosial, status kewangan dan menimbulkan pelbagai jenis kes jenayah seperti merompak, merogol, membunuh dan sebagainya.

Ketagihan adalah sifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah dukar disembuhkan. Oleh itu, pertolongan daripada professional amat diperlukan. Agensi Anti Da
dah Kebangsaan(AADK), PEMADAM, dan PENGASIH memainkan peranan penting dalam perawatan ini. Rawatan yang dijalankan termasuk terapi kelakuan (menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan), detoksofikasi (menghilang kesan dadah dalam badan), dan kaunseling (memberi motivasi dalam menangani masalah peribadi). Perawatan hanya boleh mengubati kulit luar seseorang itu, dan bagi memulihkan seseorang kembali, pencegahan adalah amat diperlukan. Langkah-langkah yang dapat mengurangkan seseorang mengambil dadah ialah seseorang penagih dadah itu perlu memperkukuhkan kendali perilaku mereka kerana hal ini membolehkan mereka berkomitmen dalam melawan ketagihan yang dialami. Langkah seterusnya ialah seseorang itu perlu mempunyai pegangan agama yang kuat pada diri sendiri, ini disebabkan agama boleh menahan seseorang terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif. Sebagai contoh, pengambilan dadah merupakan amalan yang tidak beretika dalam semua agama, oleh itu penganut agama dilarang mengambil dadah. Pengambilan dadah bukan sahaja meruntuhkan moral dan etika diri sendiri dan juga menjejaskan kesihatan mereka. Selain itu, pemantauan daripada masyarakat amat diperlukan.Pihak kerajaan harus mengadakan pelbagai jenis ceramah di sekolah, universiti untuk menyedarkan orang ramai betapa bahayanya mengambil dadah. Kawalan berterusan perlu dijalankan oleh pegawai setempat bagi mengurangkan amalan tidak sihat ini, dan aktiviti kawalan serta kempen kesedaran ini haruslah dilakukan secara berterusan tetapi bukannya, sekadar "melepaskan batuk di tengah tangga".
Tiada siapa mahu ketagih dadah. Penagih bukanya sengaja menagih dadah semata-mata untuk memusnahkan kehidupan mereka sendiri dan menyakitkan hati orang yang menyayangi mereka. Malangnya, masyarakat sering memandang serong terhadap mereka, dan berpendapat mereka yang patut disalahkan kerana ketagihan mereka itu, walhal mereka boleh berhenti jika mereka benar-benar mahu, bak kata pepatah, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Umumnya, masyarakat harus mengubah pandangan buruk mereka terhadap penagih dadah, dan memberi peluang lagi kepada mereka kembali ke asalnya. Bukan sahaja pihak berkuasa bertanggungjawab dalam kes ini, ibu bapa dan masyarakat juga memainkan peranan penting untuk merawat mereka.


Dituliskan oleh: Lee Jia Jie

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KEDATANGAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA


Isu pekerja asing memang adalah satu topik yang lama di negara kita namun ia tetap hangat diperkatakan sehingga kini. Sejak tahun 90-an, Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing oleh rakyat negara jiran yang miskin. Bilangan pekerja asing yang datang ke Malaysia kian meningkat dari sehari ke sehari sehinggalah menyebebkan ia menjadi satu masalah kepada negara. Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing di Malaysia adalah seramai 1.8juta orang. Mereka sebahagian besarnya adalah bertumpu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Malh, jumlah ini tidak termasuklah mereka yang memasuki Malaysia secara haram dan yang ditahan di pusat tahanan imigresen. Pekerja asing ini kebanyakannya terdiri daripada rakyat Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, India, Vietnam dan Filipina. Biasanya, masalah politik dan dalaman negara mereka meyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan di luar negara untuk mengubah nasib mereka. Mereka berkhidmat dalam sektor pembinaan, pembuatan, perladangan, pembantu rumah dan pertanian.
Punca kedatanga
n pekerja asing ke Malaysia adalah disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding di negara asal mereka. Pekerjaan yang terdapat di Malaysia mampu memberi pendapatan yang tinggi sehingga ribuan ringgit sebulan. Wang tersebut boleh dikirim ke negara asal mereka untuk menyara keluarga. Selain itu, faktor yang menggalakan kedatangan pekerja asing ialah permintaan yang tinggi terhadap pekerja asing oleh majikan tempatan. Hal ini kerana upah yang menggaji pekerja asing adalah jauh lebih rendah daripada pekerja tempatan. Keadaan ini ditambah pula dengan pekerja asing yang sanggup melakukan kerja berat dan mampu bekerja dengan jangka masa yang panjang berbanding pekerja tempatan yang lebih gemar pekerjaan yang senang lenang dan bergaji tinggi. Tambahan pula, keamanan dan kemakmuran negara kita mendorong kebanjiran pekerja asing di Malaysia. Keadaan di negara asal mereka contohnya Indonesia dan Bangladesh huru-hara kerana kerap dilanda peperangan, bencana alam dan rusuhan kaum. Ketidakstabilan politik negara mereka juga menyebabkan kehidupan mereka bertambah susah.

Sememangnya kehadiran pekerja asing sama ada sah atau haram ini ma
mpu memenuhi keperluan pasaran tenaga buruh dalam perkembangan ekonomi yang pesat tetapi jumlah mereka yang terlalu besar telah mengundang kesan yang negatif terhadap Malaysia. Antaranya ialah kadar kes jenayah yang semakin tinggi akibat kehadiran pekerja asing terutamanya pekerja asing secara haram. Sesetengah pekerja asing yang tidak mempunyai pekerjaan dan gaji yang tetap, justeru mereka sanggup melakukan jenayah seperti rompakan untuk membiayai kehidupan diri dan keluarga. Kehidupan rakyat Malaysia menjadi tidak aman disebabkan kes jenayah yang tinggi. Di samping itu, wang negara yang mengalir keluar dengan banyak kerana pekerja asing yang bekerja di sini menghantar wang balik ke negara asal setiap bulan. Wang tersebut bukan sahaja tidak digunakan untuk menjana ekonomi negara malah digunakan untuk membangunkan ekonomi negara asal pekerja asing. Keadaan ini memang tidak sihat dan akan merugikan negara dalam jangka masa panjang dan semasa kemelesetan ekonomi berlaku. Dengan bilangan pekerja asing yang ramai juga peluang pekerjaan rakyat tempatan telah dikurangkan. Rakyat tempatan lebih susah untuk mencari pekerjaan dan mungkin akan menyebabkan pengangguran.

Walaupun membawa kesan negatif, kedatangan pe
kerja asing juga mempunyai kebaikannya. Contohnya, pekerja asing dapat menampung kekurangan pekerja di sektor tertentu yang tidak diminati oleh rakyat tempatan seperti sektor pertanian dan perladangan. Pekerja asing yang bertumpu di Malaysia juga mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran negara dalam pelbagai sektor. Seterusnya proses pembangunan negara akan dipercepatkan dan negara menjadi lebih maju. Imej negara turut ditingkatkan kerana kemasukan pekerja asing di Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang ekonominya stabil dan mantap. Negara dianggap sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya serta mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu teguh demi mencapai matlamat negara. Imej negara yang baik dapat menarik perhatian pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pekerja asing adalah memperketatkan pengawasan di kawasan sempadan dan pintu masuk negara supaya mereka tidak menyeludup ke negara kita. Kerajaan juga boleh menggunakan tenaga RELA untuk menjalankan rondaan dan menangkap pekerja asing yang haram. Bgi pendatang tanpa izin yang ditangkap, mereka akan ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Undang-undang negara juga harus diperketatkan supaya mereka tanpa permit didakwa dan dihukum dengan sewajarnya. Hukuman yang berat dikenakan terhadap mereka supaya menjadi kesedaran kepada pekerja asing agar tidak mengulangi kesalahan mereka. Kerajaan sepatutnya mengehadkan pembabitan pekerja asing dalam sektor tertentu sahaja seperti sektor pembinaan. Dengan itu, jumlah pekerja asing dan kesan buruk yang dibawa oleh mereka dapat dikurangkan.

Sebagai kesimpulan, kedatangan pekerja asing memang ada kebaikan dan keburukannya. Namun demi menyelesaikan masalah pekerja asing, semua pihak harus memainkan peranan mereka dengan baik supaya hanya pekerja asing yang sah yang berada di negara. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan patutlah mengkaji segala aspek dari segi politik, sosial dan ekonomi supaya kemasukan pekerja asing ini dapat dimanfaatkan unuk pembangunan negara.


Dituliskan oleh: Choon Fang Jen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KESELAMATAN AWAM

Seperti yang kita ketahui, negara kita sedang menuju ke arah matlamat wawasan 2020 yang ditetapkanoleh bekas perdana menteri kita yang ke-empat, Tun Doktor Mahathir. Berikutan matlamat tersebut, negara kita sedang membangun secara mendadak sejak bertahun-tahun dahulu. Sebenarnya, semenjak mencapai kemerdekaan empat puluh tujuh dahulu, Malaysia telah memberi tumpuan kepada pembangunan negara dari semua dimensi untuk kepentingan semua penduduknya dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutama mereka yag tergolong dalam kategori miskin. Selain Malaysia, negara-negara membangun yang lain juga mengalami kepesatan pertumbuhan ekonomi sejak tahun 1970-an lagi, malah ia dikatakan terpesat di Asia Tenggara pada tahun 1980-an. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perkembangan sektor ekonomi baru. Fenomena tersebut berterusan sehingga ke hari ini meskipun negara mengalami beberapa kerumitan akibat kemelesetan ekonomi di penghujung abad ke-20 (Unit Perancangan Ekonomi, 2002).

Proses perban
daran di Malaysia melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia. Namun begitu , pembangunan dan pertumbuhan bandar yang tidak terkawal serta sistem bandar yang tidak tersusun di peringkat awal pembentukannya memyebabkan pelbagai isu wujub di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Geogetown, Johor Bahru. Peningkatan pembangunan turut menjadikan keluasan kawasan bandar bertambah sempit dan persekitaran yang ideal untuk kehidupan penduduk semakin terhad (Zainuddin Muhamad, 1999). Selain itu, banyak buruh asing telah dibawa masuk untuk mencapai permintaan tenaga buruh yang diperlukan untuk proses pembangunan negara.

Kesan perubahan ruang bandar terhadap kualiti hidup sosial bandar amatlah besar. Selain menggangu ekosistem dan ekologi bandar itu sendiri, ia turut menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan penduduk, meminimumkan persekitaran yang selesa dan nilai sosial masyarakat (Halimaton Saadiah, 2000).

Oleh sebab masala
h kesesakan yang dihadapi, pembangunan bandar sedia ada menghadapi pelbagai masalah fizikal dan sosial ekoran daripada pembangunan yang tidak terkawal atau ketidakseimbangan pembangunan. Masalah seperti pertempatan-pertempatan segera, kesesakan lalulintas, banjir kilat, tanah runtuh, pencemaran udara dan air, jenayah dan lain-lain lagi merupakan pemasalahan semasa bagi kawasan bandar. Dalam keadaan ini, keselamatan awan telah diancam oleh pelbagai isu yang dinyatakan di atas.


Sebagai contohnya, kawasan perumahan menjadi sasaran kegiatan jenayah seperti kes kecurian, rompakan, kejadian pecah rumah siang dan malam hari. Keadaan ini telah mengakibatkan tercetusnya perasaan bimbang dan kurang senang di kalangan penduduk terutama kawasan bandar. Jenayah menjadi suatu masalah sosial yang menjejaskan kehidupan masyarakat, malahan turut menganggu kehidupan fizikal mereka. Langkah-langkah untuk membanteras kejadian jenayah perlu dilakukan sebelum menjejaskan kehidupan seharian masyarakat setempat.

Oleh itu, untuk menjamin keselamatan awan yang kian diancam, pelaksanaan konsep Bandar Selamat menjadi satu daripada agenda utama dalam pembangunan negara. Tanpa aspek keselamatan dalam kehidupan bandar, sukar bagi rakyat mencapai kesejahteraan hidup. "Bandar Selamat, Rakyat Sejahtera" membawa maksud bandar yang bebas
daripada semua ancaman fizikal, sosial dan gangguan mental. "Bandar Selamat, Rakyat Sejahtera" juga dapat ditakrifkan sebagai bandar yang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara daripada segala gejala yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat. Dengan wujudnya suasana sedemikian, masyarakat akan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera, aman dan selesa.

Terdapat empat takrifan Bandar Selamat, iaitu:
i) Bandar yang bebas daripada keganasan yang merosakkan harta benda dan nyawa sperti kejadian ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.
ii) Bandar yang bebas daripada kemusnahan dan malapetakaberikutan bencana alam seperti banjir dan tanah runntuh.
iii) Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah, rasuah, pelacuran, jenayah kolar putih dan sebagainya.
iv) Bandar yang bebas daripada kemalangan dalam dan luar bangunan, seperti kemalangan jalan raya, kebakaran dan jatuh dari bangunan. (Berita Harian, 26 Oktober 2004)

Sebenarnya, ini bukannya kali pertama pelaksaan program Bandar Selamat. Program ini telah dimulakan sejak 1980-an lagi. program ini telah dirangkakan sebagai satu inisiatif yang praktikal untuk mengurangkan insiden jenayah, khususnya di persekitaran kawasan kediaman, melalui kerjasama dengan agensi awam dan swasta (Crawford, 1998).


Selain pembangunan yang pesat, sebenarnya keselamatan awam juga memainkan satu peranan penting dalam mencapai matlamat wawasan 2020. Oleh yang demikian, keselamatan awam harus dijamin supaya tidak mewujudkan masalah sosial kepada rakyat Malaysia. Di samping itu, ia juga mendatangkan imej yang baik kepada negara kita serta mengharumkan nama baik negara kita di peringkat antarabangsa. Dengan adanya keselamatan awam yang terjamin, ia juga akan menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara kita dan ini akan membantu dalam pembangunan ekonomi negara kita dan ia juga akan mempercepatkan langkah kita menuju ke arah wawasan 2020 yang kian menghampiri kita.

Justeru, usaha mengekalkan keselamatan awam di Malaysia juga membawa maksud mewujudkan satu sosial yang aman damai di negara kita. Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan satu sosial yang aman damai di negara kita.


Dituliskan oleh: Ch'ng Ter Sern

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KESIMPULAN

Memang adalah tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial yang melanda Malaysia kian meruncing baru-baru ini. Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas hinggalah berlaku pelbagai masalah sosial seperti merokok, ponteng sekolah, gangsterisme, vandalisme, pembuangan bayi dan penagih dadah di kalangan mereka. Menurut kajian, gejala sosial di kalangan mereka telah meningkat dari semasa ke semasa. Banyak pihak yang amat membimbangkan masalah sosial di kalangan remaja terutamanya para ibu bapa dan pendidik, maka langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil supaya dapat mengatasi masalah ini.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam membanteras gejala sosial kerana merekalah yang merupakan saudara yang terdekat bagi anak-anak mereka. Ibu bapa sendiri perlu memainkan watak mereka dengan menunjukkan teladan yang baik dan tidak melakukan perkara yang tidak betul di depan anak-anak mereka. Hal ini adalah kerana anak-anak ibarat kain putih yang tidak tahu tentang apa-apa dan ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Ibu bapa mestilah memberikan ajaran dan didikan kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi supaya mereka berkeperibadian tinggi. Tambahan pula, ibu bapa hendaklah menjalinkan hubungan yang mesra sesama anak-anak mereka. Mereka haruslah meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menjalankan aktiviti seperti membaca, melukis dab bermain badminton. Mereka juga sepatutnya memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya serta menyediakan suasana yang harmoni kepada anak-anak mereka. Dengan itu, remaja kini barulah tidak terjebak ke dalam kancah sosial.

Selain itu, pihak sekolah juga merupakan salah satu cara yang boleh membendung masalah ini. Guru-guru seolah-olah ibu bapa para remaja di sekolah. Guru-gurur memberikan nasihat dan menolong mereka sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah di sekolah. Guru-guru agama, pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan berperanan untuk memberikan pendidikan agama dan moral kepada para pelajar. Mata-mata pelajaran ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Pelajar-pelajar yang mempunyai pegangan agama dan nilai moral yang kuat adalah dipercayai tidak mudah diperdaya oleh kawan untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah haruslah kerap menjalankan sesi kaunseling dengan para pelajar terutamanya mereka yang terlibat dengan masalah disiplin supaya dapat membentuk jati diri yang teguh dalam jiwa mereka. Pihak sekolah turut boleh mengadakan ceramah dan kempen contohnya kempen pencegahan jenayah yang mendedahkan para pelajar tentang kesan-kesan negatif terlibat dalam gejala sosial dengan mengharapkan mereka dapat menjauhi diri dari perbuatan negatif itu.

Di samping itu, masalah ini dapat diselesaikan dengan adanya sumbangan dari pihak kerajaan dan masyarakat. Pihak kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan hukuman yang setimpal ke atas remaj-remaja yang terlibat dalam gejala sosial. Pihak polis juga hendaklah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar bandar dan kawasan yang sering berlaku kes sosial. Hal ini dapat menakutkan para remaja dari melibatkan diri dalam gejala sosial. Kerajaan turut boleh melancarkan kempen kesedaran tentang gejala sosial di seluruh negara agar para remaja mengetahui impak-impak negatif apabila melibatkan diri dalam gejala sosial. Untuk mengatasi masalah sosial dengan sepenuhnya, masyarakat sepatutnya berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti bak kata pepatah, "bagai aur dengan tebing". Masyarakat sewajarnya melaporkan sebarang kes gejala sosial kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang lanjut dapat diambil.

Sebagai kesimpulan, masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang. Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial supaya para remaja tidak terjerumus dalam gejala sosial dan menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS