GANGSTERISME


Gangsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap semakin menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh membantutkan perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gangsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gangsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara.

Dalam pada itu, ahli-ahli pe
nyelik telah membuat kajian terhadap ciri-ciri gangsterisme dan mendapati bahawa mereka yang terlibat dalam gangsterisme pada umumnya mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi juga terdapat gang khusus yang berbeza antara satu sama lain dan boleh berubah mengikut keadaan semasa dan tempat. Ciri-ciri gangs ialah ahli-ahli terdiri daripada etnik yang sama, ahli-ahli memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi, ikatan yang kukuh, semua ahli memahami matlamat serta tanggungjawab masing-masing, perintah disampaikan mengikut hieraki, identiti berdasarkan kepada kawasan dan sekolah dan pengambilan ahli baru yang berterusan terutama di sekolah. Hasil analisis telah membuktikan antara faktor-faktor yang mendorong kepada gejala gangsterisme adalah institusi kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya, kekuatan mental individu, kesan persekitaran, media massa dan didikan agama.

Dalam era yang serba modern ini, meman
g tidak dapet dinafikan bahawa wang dan kebendaan adalah penting untuk memperolehi kehidupan yang lebih selesa. Ramai ibu bapa yang menghaniskan masa membuat kerja lebih masa demi memperoleh lebih nafkah bagi menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik. Hal demikian menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa yang terluang untuk menemani dan berkomunikasi dengan anak-anak. Namun, kesungguhan dan pengorbanan ibu bapa ini untuk memperoleh lebih nafkah bagi memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada anak-anak tidak fahami oleh anak-anak. Anak-anak yang terasa terabai ini mula berasa ibu bapa tidak memahami kehendak dan keperluan mereka dan mereka mula mencari tempat lain untuk mendapat perhatian.

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang amat kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul, malahan pengaruh kuat dari rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil sebagai anggota kumpulan gang ini. Hal ini demikian kerana pada usia remaja, rakan sebaya sering dianggap sebagai individu yang paling memahami diri mereka, tempat mereka meluahkan perasaan dan tempat mereka mendapatkan bantuan. Selain itu, ideologi yang dipegang oleh ahli-ahli kumpulan ini menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan. Kerjasama antara mereka ini menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk mengesan san membanteras gejala gangsterisme.

Di samping itu, faktor kekuatan mental se
seorang individu juga merupakan faktor yang mempengaruhi gejala gangsterisme. Secara amnya, kebanyakan remaja yang terlihat dalam aktiviti ini adalah remaja yang masih tidak mempunyai haluan dalam hidup mereka dan masih terkapai-kapai mecari jalan kehidupan. Desakan dan kesempitan hidup yang dihadapi oleh mereka mendorong mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya ke atas pendidikan mereka dan menganggap keciciran dan ponteng sekolah merupakan amalan yang biasa. Ketiadaan "role model" dalam keluarga menyebabkan mereka tidak mempunyai contoh yang baik untuk dicontohi. Justeru, remaja yang tidak mempunyai pendirian dan tidak mimikirkan masa depan ini akan mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya.

Perkembagan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempeng
aruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi "role model" bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendegar dan penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.


Didikan agama merupakan salah satu elemen yang penting dalam membentuk individu yang berpesonaliti baik serta berakhlak. Kesibukan dan kegagalan ibu bapa untuk memberi didikan agama kepada anak-anak mendorong peningkatan gejala gangsterisme. Kekuatan agama dalam sanubari sesorang individu dapat mengelakkan seseorang individu tersebut dari terperangkap dalam gejala ini. Hal ini kerana remaja mampu membezakan apa yang betul dan apa yang salah serta apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan. Malah, remaja juga jelas dengan setiap tindak-tanduk mereka, mempunyai tanggungjawab terhadap setiap perlakuan mereka dan mempuny
ai pendirian yang kukuh.

Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala gangsterisme adalah ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting untuk membentuk generasi muda yang berakhlak. Walaupun sibuk denga
n pekerjaan masing-masing, ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk menemani, berkomunikasi dan berusaha memahami anak-anak. Ibu bapa juga harus memberi ruang kepada anak-anak untuk meluanhkan perasaan mereka dan memberi pandangan mereka. Komunikasi yang berkesan amat penting untuk mengukuhkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, bak kata pepatah, "bagaimana acuan begitulah kuihnya". Selain itu, ibu bapa tidak harus menolakkan semua tanggungjawab mendidik anak-anak kepad institusi pendidikan dan hanya menudingkan jari ke arah institusi pendidikan apabila anak-anak didapati berkelakuan tidak baik.

Justeru itu, institusi pendidikan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gangsterisme. Institusi pendidikan boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gangsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Kokurikulum di sekola
h mampu memainkan peranan besar di dalam membentuk sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatauan, kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharuhi supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya.

Akhirnya, media massa perlulah memainkan peranan yang proaktif untuk membanteras gejala ini. Waulapun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk industri media massa, media boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan
program yang bersifat pembentukan keperibadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja menonton "role model" yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka.

Kesimpulannya, gejala gangsterisme amat dibimbangi kerana gejala ini akan memusnahkan generasi muda kita, yang merupakan bakal pemimpin negara kita di masa depan. Semua pihak haruslah memandang serius hal ini dan tidak mengamalkan sikap berprasangka buruk terhadap mereka yang terlibat dalam gejala ini. Masyarakat tidak harus melontarkan cemuhan ke arah mereka dan memaksa mereka ke jalan buntu, sebaliknya haruslah memberi peluang kepada mereka agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan. Sebagai manusia, ada kalanya, kita ada membuat kesalahan dan memilih jalan yang salah. Jauh di dalam hati mereka, ada di antara mereka yang menyesali perbuatan mereka tetapi tidak mempunyai peluang untuk kembali ke pangkal jalan.


Dituliskan oleh: Caryn Neoh Wan Fang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "GANGSTERISME"

Post a Comment