KESELAMATAN AWAM

Seperti yang kita ketahui, negara kita sedang menuju ke arah matlamat wawasan 2020 yang ditetapkanoleh bekas perdana menteri kita yang ke-empat, Tun Doktor Mahathir. Berikutan matlamat tersebut, negara kita sedang membangun secara mendadak sejak bertahun-tahun dahulu. Sebenarnya, semenjak mencapai kemerdekaan empat puluh tujuh dahulu, Malaysia telah memberi tumpuan kepada pembangunan negara dari semua dimensi untuk kepentingan semua penduduknya dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutama mereka yag tergolong dalam kategori miskin. Selain Malaysia, negara-negara membangun yang lain juga mengalami kepesatan pertumbuhan ekonomi sejak tahun 1970-an lagi, malah ia dikatakan terpesat di Asia Tenggara pada tahun 1980-an. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perkembangan sektor ekonomi baru. Fenomena tersebut berterusan sehingga ke hari ini meskipun negara mengalami beberapa kerumitan akibat kemelesetan ekonomi di penghujung abad ke-20 (Unit Perancangan Ekonomi, 2002).

Proses perban
daran di Malaysia melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia. Namun begitu , pembangunan dan pertumbuhan bandar yang tidak terkawal serta sistem bandar yang tidak tersusun di peringkat awal pembentukannya memyebabkan pelbagai isu wujub di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Geogetown, Johor Bahru. Peningkatan pembangunan turut menjadikan keluasan kawasan bandar bertambah sempit dan persekitaran yang ideal untuk kehidupan penduduk semakin terhad (Zainuddin Muhamad, 1999). Selain itu, banyak buruh asing telah dibawa masuk untuk mencapai permintaan tenaga buruh yang diperlukan untuk proses pembangunan negara.

Kesan perubahan ruang bandar terhadap kualiti hidup sosial bandar amatlah besar. Selain menggangu ekosistem dan ekologi bandar itu sendiri, ia turut menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan penduduk, meminimumkan persekitaran yang selesa dan nilai sosial masyarakat (Halimaton Saadiah, 2000).

Oleh sebab masala
h kesesakan yang dihadapi, pembangunan bandar sedia ada menghadapi pelbagai masalah fizikal dan sosial ekoran daripada pembangunan yang tidak terkawal atau ketidakseimbangan pembangunan. Masalah seperti pertempatan-pertempatan segera, kesesakan lalulintas, banjir kilat, tanah runtuh, pencemaran udara dan air, jenayah dan lain-lain lagi merupakan pemasalahan semasa bagi kawasan bandar. Dalam keadaan ini, keselamatan awan telah diancam oleh pelbagai isu yang dinyatakan di atas.


Sebagai contohnya, kawasan perumahan menjadi sasaran kegiatan jenayah seperti kes kecurian, rompakan, kejadian pecah rumah siang dan malam hari. Keadaan ini telah mengakibatkan tercetusnya perasaan bimbang dan kurang senang di kalangan penduduk terutama kawasan bandar. Jenayah menjadi suatu masalah sosial yang menjejaskan kehidupan masyarakat, malahan turut menganggu kehidupan fizikal mereka. Langkah-langkah untuk membanteras kejadian jenayah perlu dilakukan sebelum menjejaskan kehidupan seharian masyarakat setempat.

Oleh itu, untuk menjamin keselamatan awan yang kian diancam, pelaksanaan konsep Bandar Selamat menjadi satu daripada agenda utama dalam pembangunan negara. Tanpa aspek keselamatan dalam kehidupan bandar, sukar bagi rakyat mencapai kesejahteraan hidup. "Bandar Selamat, Rakyat Sejahtera" membawa maksud bandar yang bebas
daripada semua ancaman fizikal, sosial dan gangguan mental. "Bandar Selamat, Rakyat Sejahtera" juga dapat ditakrifkan sebagai bandar yang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara daripada segala gejala yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat. Dengan wujudnya suasana sedemikian, masyarakat akan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera, aman dan selesa.

Terdapat empat takrifan Bandar Selamat, iaitu:
i) Bandar yang bebas daripada keganasan yang merosakkan harta benda dan nyawa sperti kejadian ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.
ii) Bandar yang bebas daripada kemusnahan dan malapetakaberikutan bencana alam seperti banjir dan tanah runntuh.
iii) Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah, rasuah, pelacuran, jenayah kolar putih dan sebagainya.
iv) Bandar yang bebas daripada kemalangan dalam dan luar bangunan, seperti kemalangan jalan raya, kebakaran dan jatuh dari bangunan. (Berita Harian, 26 Oktober 2004)

Sebenarnya, ini bukannya kali pertama pelaksaan program Bandar Selamat. Program ini telah dimulakan sejak 1980-an lagi. program ini telah dirangkakan sebagai satu inisiatif yang praktikal untuk mengurangkan insiden jenayah, khususnya di persekitaran kawasan kediaman, melalui kerjasama dengan agensi awam dan swasta (Crawford, 1998).


Selain pembangunan yang pesat, sebenarnya keselamatan awam juga memainkan satu peranan penting dalam mencapai matlamat wawasan 2020. Oleh yang demikian, keselamatan awam harus dijamin supaya tidak mewujudkan masalah sosial kepada rakyat Malaysia. Di samping itu, ia juga mendatangkan imej yang baik kepada negara kita serta mengharumkan nama baik negara kita di peringkat antarabangsa. Dengan adanya keselamatan awam yang terjamin, ia juga akan menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara kita dan ini akan membantu dalam pembangunan ekonomi negara kita dan ia juga akan mempercepatkan langkah kita menuju ke arah wawasan 2020 yang kian menghampiri kita.

Justeru, usaha mengekalkan keselamatan awam di Malaysia juga membawa maksud mewujudkan satu sosial yang aman damai di negara kita. Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan satu sosial yang aman damai di negara kita.


Dituliskan oleh: Ch'ng Ter Sern

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "KESELAMATAN AWAM"

Post a Comment