MASALAH MEROKOK


Merokok ialah kebiasaan seseorang yang melibatkan diri dalam ketagihan tembakau atau didefinikasikan sebagai satu aktiviti ketagihan. Apakah itu rokok? Rokok adalah diperbuat daripada daun-daun tembakau yang telah dicacah serta bergulung menjadi berbentuk silinder. Biasanya, diameter bagi sebatang rokok ialah 10mm, serta penjangnya adalah antara 70 hingga 120mm.

Masalah merokok diterima secara meluas dalam masyarakat kita, malah kadang kala ia dianggap sebagai satu norma yang membanggakan. Menurut kajian, kadar peratusan rakyat yang menghisap rokok di negara kita kian meningkat dari semasa ke semasa. Kajian tersebut juga menyatakan bahawa bilangan golongan wanita yang merokok juga semakin bertambah. Hal ini telah membimbangkan pihak berkenaan seperti kerajaan kerana tabiat merokok akan membawa kesan terhadap negara kita.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama membincangkan
punca-punca yang menyebabkan masyarakat begitu gemar merokok walaupun telah mengetahui bahawa merokok akan membawa impak yang buruk kepada kita sehingga tragedi kematian akan berlaku. Sikap dan tanggapan seseorang terhadap merokok boleh dikatakan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka melibatkan diri dalam kegiatan ketagihan tersebut. Dalam pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda berpendapat bahawa merokok adalah satu perbuatan yang bergaya. Mereka beranggapan bahawa menghisap rokok melambangkan kedewasaan serta kematangan.

Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga mengakibatkan remaja kini merokok walaupun umur mereka di bawah 18 tahun. Hal ini adalah kerana mereka diajak oleh rakan mereka untuk mencuba. Fikiran remaja yang masih mentah tentulah tidak dapat tahan daripada godaan tersebut. Mereka akan terikut-ikut dengan perbuatan rakan mereka tanpa berfikir dengan kesan-kesannya. Malah, sifat remaja yang mementingkan air muka turut menyebebkan masalah ini bertambah buruk.

Merokok akan memuda
ratkan kesihatan kerana rokok mengandungi banyak kandungan yang memberi ancaman kepada kesihatan kita. Antara kandungan tersebut ialah Tar, Nikotin, Karbon Monoksida dan lain-lain lagi. Seseorang yang merokok akan lebih terdedah kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan masalah paru-paru. Merokok juga membawa kemautan dan kematian sekiranya sentiasa menghisap rokok tanpa had.

Tar mengandungi lebih kurang 43 jenis bahan kimia yang akan mengakibatkan kanser dalam badan kita. Bahan kimia seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon(PAH) telah disahkansebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. Nikotin pula ialah punca utam penagihan yang bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik. Menurut kajian saintifik, nikotin adalah sejenis najis dadah. Oleh itu, seseorang yang kehabisan rokok selalunya berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan. Dengan ini, agak susah bagi seseorang untuk meninggalkan tabiat tersebut. Nikotin turut mengakibatkan risiko serangan penyakit jantung dan strok kepada individu yang merokok. Rokok juga mengandungi gas yang bahaya dan beracun yang berkenali sebagai Karbon Monoksida ini akan menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan sel-sel di badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya paras gas ini melebihi 60% berada dalam tubuh seseorang, dia akan mengalami kematian atau kemautan.

Tambahan pula, peningkatan kadar peratusan rakyat yang merokok di negara kita membawa masalah sosial seperti kes pencurian. Hal ini kerana pena
gih rokok memerlukan modal yang agak banyak untuk membeli tembakau yang dijual di pasaran. Kini, sekotak rokok berharga hampir RM6.00 ke atas. Ini merupakan beban yang amat berat untuk ditanggung oleh penagih rokok terutamanya bagi golongan remaja yang merokok. Mereka merupakan golongan yang tidak berpendapatan dan memelurkan sumber kewangan daripada ibu bapa mereka. Kadang kala, mereka merahsiakan bahawa mereka merokok serta mencuri wang daripada ibu bapa mereka untuk membeli rokok. Setelah diketahui oleh ibu bapa bahawa mereka merokok, golongan belia ini akan mencari jaln untuk mencuri harta benda orang lain supaya mereka bermodal untuk melibatkan diri dalam kegiatan ketagihan.

Untuk membendung masalah merokok, pihak sekolah patutlah sentiasa memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan mengamalkan aktiviti menghisap rokok. Sebagai contah, pihak tersebut bolehlah mengadakan ceramah yang bertemakan anti merokok di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.

Peranan ibu
bapa tururtlah penting dalam mengatasi masalah merokok. Ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik, mengajar dan mengasuh anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Mereka seharusnya mendidik remaja agar mereka mengelakkan diri daripada gejala sosial seperti merokok dan mencuri. Bak kata pepatah, "bapa borek, anak rintik", ibu bapa haruslah memberi contoh yang baik kepada generasi muda ini. Sekiranya mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab itu dengan baik, generasi muda tentulah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang jahat.

Pihak kerajaan
seharusnya menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras tabiat merokok di kalangan masyarakat. Selain itu, kempen anti merokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya juga satu langkah yang baik. Kempen yang berlandaskan slogan "Tak Nak!" ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini telah disebarkan secara meluas dalam media di seluruh negara. Iklan-iklan anti merokok yang disiarkan menerusi surat khabar, radio dan televisyen ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada penagih rokok tentang tabiat merokok dan kesannya supaya kadar perokok dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, "bersatu teguh, bercerai roboh", semua pihak sepatutnya bekerjasama dan berganding bahu untuk menyelesaikan masalah sosial ini.hal ini kerana tabiat merokok bukan sahaja mengancam kesihatan malah akan mencemerkan alam sekitar. Oleh itu, masyarakat terutamanya golongan muda seharusnya menjauhkan diri daripada tabiat buruk ini supaya dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat.


Dituliskan oleh: O Sok Ying

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "MASALAH MEROKOK"

Post a Comment