GEJALA RASUAH

Di zaman global masa kini, tidak ada negara yang terkecuali dari masalah rasuah. Kesan dan akibat rasuah terhadap ekonomi, politik dan sosial dialami oleh semua negara di dunia. Masalah rasuah telah wujud sejak berkurun lama lagi. Rasuah selalu diibaratkan senagai penyakit kanser yang boleh merepak kepada masyarakat dan menghancurkan sesebuah negara dengan secara perlahan-lahan. Dewasa ini, gejala rasuah bukan lagi merupakan satu kejutan, tetapi sudah mendarah daging di dalam tubuh masyarakat. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita penangkapan, dakwaan dan juga hukuman ke atas pesalah rasuah, dari sekecil-kecil kes hinggalah ke kes yang melibatkan personaliti yang berprofil tinggi.

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Orang yang memberi rasuah disebut "rasyi", sedangkan yang menerimanya disebut "murtasyi", sementara perantaraan di anatara mereke berdua disebut "raisy". Dalam masyarakat melayu, ada peribahasa yang boleh dikaitkan bagi orang-orang yang terlibat dengan rasuah seperti "duit kopi", "tumbuk rusuk", "belanja kopi", "pembasah leher", "pekaras", "minyak pelincir", "wang bawah meja", "boleh runding", "faham-faham sahaja" dan lain-lain lagi. Berdasarkan peribahasa dan terma tersebut, jelas mengatakan bahawa rasuah memang ada wujud tetapi disebut dengan bahasa kiasan sahaja.

Beberapa k
ajian telah dijalankan bagi mengenalpasti sebab-sebab berlakunya rasuah. Rasuah tidak mempunyai golongan yang spesifik malah ianya dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari golongan berpelajaran atau tidak, golongan atasan, pertengahan atau bawahan. Faktor penting yang menyebabkan berlakunya rasuah ialah peluang, gaji dan dasar. Jika gaji pegawai atau kakitangan kerajaan terlalu rendah, maka mereka akan menggunakan kuasa dan jawatan mereka sebagai peluang untuk mengambil, meminta dan menerima rasuah.

Punca berlakunya rasuah boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu faktor individu dan faktor kepimpinan, sistem pentadbiran dan dasar. Faktor individu dapat dikategori oleh kurang penghayatan agama Islam, sikap tidak bermoral dan beretika, sikap tamak dan kebendaan, mempunyai keinginan dan peluang, sikap hidup dengan mewah, berbelanja melebihi kemampuan dan hilang sifat amanah dan kawalan diri. Manakala faktor kepimpin
an, sistem pentadbiran dan dasar yang merupakan kelemahan pemimpin dalam sesebuah organisasi, sistem pentadbiran yang tidak effisien dan lemah, proses dan prosedur kerja yang memberikan ruang untuk rasuah, kelemahan pemantauan dan penyelenggaraan daripada pihak pengurusan dalam sektor awam dan swasta, pelaksanaan projek-projek yang idak mempunyai asas serta kawalan dan penurunan kuasa yang terlalu banyak.

Rasuah telah membawa banyak kesan-kesan buruk sama ada ke
pada individu, masyarakat ataupun negara. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Pertama, terhakisnya konsep keadilan. Apabila sumber-sumber ekonomi dimonopoli oleh sekelompok pihak yang mampu memberikan "sogokan" yang amat lumayan tetapi tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak memberikan kualiti yang baik dalam melaksnakan tugas, akibatnya rakyatlah yang terpaksa menanggung padah. Kedua, masyarakat akan hilang hormat dan kepercayaan kepada individu atau institusi-institusi yang terlibat dengan rasuah. Hal ini amat merbahaya kerana kebanyakan individu dan institusi yang terlibat di dalam menerima rasuah adalah pihak berkuasa. Ketiga, dari segi hukuman, orang yang bersalah kerana melanggar undang-undang tetapi memiliki kekayaan, seolah-olah menjadi "kebal" kerana boleh menggunakan kuasa wang untuk melepaskan dirinya dari dikenakan hukuman. Keempat, hilangnya amanah di dalam sesuatu urusan, kerana mereka bukan lagi nekerja sebagai satu amanah, tetapi kerana manfaat yang boleh diraih dengan jawatan yang dimiliki. Selain itu, rasuah juga dapat membebankan golongan orang taraf kemiskinan, melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran, menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran, tumpuan pembangunan yang tidak seimbang, kenaikan kos barang dan perkhidmatan, mengurangkan pendapatan negara, mencemarkan imej negara dan sebagainya.

Beberapa langkah yang boleh diambil oleh individu untuk menjauhi gejala rasuah. Antaranya termasuklah menjalankan tugas harian berlandaskan ajaran agama, menanamkan sifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa, menjalankan amanah yang diberikan, menanamkan sikap nilai-nilai murni, menjauhi diri daripada akhlak atau kelakuan yang tidak baik, berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, menolak tawaran rasuah dengan tegas. Oleh yang demikian, perubahan ini hanya akan berjaya jika seseorang yang pengamal rasuah itu mengubah dirinya sendiri. Membanteras rasuah melibatkan pelbagai pihak masyarakat. Dengan itu, adalah penting bagi setiap individu memainkan peranan bagi menjauhi kegiatan rasuah. Masyarakat hendakalah bekerjasama dan berganding bahu untuk sama-sama mendukung hasrat negara dalam membanteras gejala rasuah ini dengan cara tidak melakukan rasuah, tidak cuba untuk berjinak-jinakdengan perbuatan rasuah, mengamalkan nilani-nilai murni seperti jujur, amanah, ikhlas dan betrtanggungjawab di dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.

Rasuah, walau apa jua pengertian yang diberikan oleh berbagai pihak, ianya tetap salah. Kita wajar dan patut sama-sama memikul tanggungjawab untuk membanteras rasuah. Kita hendaklah juga mengukuhkan dan meningkatkan nilai-nilai murni serta menghayati ajaran agamasebagai pegangan hidup. Ini kerana gejala rasuah ini, walau sebesar atau sekecil manapun ianya dilihat tetapi kesan-kesannya adalah amat buruk sehingga akan menghancurkan negara secara keseluruhannya. Janganlah kita memberi mewujudkan satu keadaan yang menyebabkan negara asing melabelkan negara kita sebagai "indah khabar daripada rupanya".


Dituliskan oleh: Tea Ker Shin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "GEJALA RASUAH"

Post a Comment