PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK


Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak berlaku apabila terdapat segelintir ibu bapa yang tidak bertanggungjawab menyeksa anak mereka tanpa belas kasihan. Kes penderaan kanak-kanak seperti ini semakin berleluasa di Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, kita sering terbaca tajuk-tajuk utama di dada akhbar tempatan mengenai kes penderaan terhadap kanak-kanak. Kes penderaan terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan kerana kes ini menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Kajian mendapati bahawa sebanyak 7 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan setiap hari. Kes seperti ini sudah semestinya akan menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan.Kes penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah penderaan fizikal, mental dan seksual kanak-kanak. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada berlakunya peningkatan kes penderaan terhadap kanak-kanak dan langkah bagi mengatasi peningkatan kes ini.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak-kanak ialah terdapat segenlintir ibu bapa yang kurang didikan agama. Ilmu agama amat penting kepada setiap individu terutamanya individu yang ingin mendirikan rumah tangga. Perkara seperti ini amatlah penting kerana dengan ilmu kita mampu berfikir dengan waras apa yang baik dan apa yang buruk. Ibu bapa yang kurang didikan agama akan kerap melakukan perkara yang zalim dan keji di sisi agama. Ibu bapa yang kurang mendapat sokong
an sosial daripada masyarakat juga boleh mendorong kepada berlakunya kes penderaan kanak-kanak. Kes penderaan kanak-kanak boleh berlaku apabila terdapat ibu bapa yang gagal mengawal perasaan dan emosi lalu melepaskannya kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang kurang didikan agama ini juga akan lebih agresif apabila anak-anak mengganggu emosi mereka. Penderaan terhadap kanak-kanak akan berkurangan sekiranya ibu bapa mempunyai ilmu agama yang cukup tidak kira Melayu, Cina mahupun India.

Tekanan perasaan di tempat kerja juga boleh mendorong kepada peningkatan kes penderaan kanak-kanak. Pada zaman serba maju ini, kebanyakan wanita lebih berminat untuk bekerja daripada hanya duduk di rumah. Hal ini demikian kerana peningkatan harga barangan mend
orong para wanita pada masa kini bekerja dan memperolehi pendapatan sendiri. Ibu bapa yang bekerja mungkin akan mrngalami tekanan di tempat kerja akibat dimarahi oleh pihak atasan. Setibanya di rumah, ibu bapa yang mengalami tekanan pasti akan melepaskan kemarahan pada anak-anak mereka dan pada keluarga. Perkara seperti ini amat membimbangkan kerana ibu bapa yang tidak dapat mengawal perasaan marah mampu melakukan pelbagai perkara tanpa disedarinya. Emosi yang tidak stabil akan mendorong ibu bapa berbalahan sesama sendiri dan anak-anak merekalah yang menjadi mangsa. Kes penderaan kanak-kanak akan terus meningkat sekiranya perkara seperti ini terus berlaku. Perancangan keluarga amatlah penting bagi membina keluarga yang harmoni.

Kekurangan sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga juga salah satu punca berlakunya peningkatan kes penderaan kanak-kanak. Pada masa kini, sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga tidak cukup jika hanya bergantung kepada kerja seharian t
erutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Ibu bapa akan berasa tertekan dengan situasi ini malah ditambah lagi dengan karenah kanak-kanak yang menginginkan sesuatu barangan seperti permainan. Keadaan ini akan menambahkan lagi beban ibu bapa mecari duit untuk menunaikan permintaan anak-anak mereka. Penderaan berlaku apabila ada segelintir ibu bapa yang gagal mengawal perasaan marah terhadap anak-anak mereka yang meninginkan sesuatu barangan itu. Kebanyakan ibu bapa yang berasa tertekan akan melepaskan kemarahan mereka dengan memukul anak-anak tanpa belas kasihan. Perkara ini sudah semestinya akan meningkatkan kadar kes penderaan kanak-kanak.

Masalah penderaan terhadap kanak-kanak haruslah dibendung kerana perkara seumpama ini akan meruntuhkan institusi kelurga. Pelbagai langkah yang boleh dilakukan seperti mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen seperti ini penting bagi golongan yang sudah berkeluarga tetapi tidak kurang penting juga bagi golongan remaja. Kempen seperti ini makan mengajar ibu bapa betapa pentingnya anak-anak kepada mereka kerana anak-anaklah yang akan menjaga kita di hari tua kelak. Kempen ini juga penting kepada golongan remaja kerana kempen ini akan memberikan pendedahan kesan yang akan berlaku kepada masyarakat sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus meningkat. Program seperti ini penting kepada sesebuah negara kerana perancangan seperti ini mampu membuka mata rakyat sedunia tentang kesan yang akan berlaku sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus meningkat.

Pihak-pihak yang berwajib juga haruslah memberikan perhatian yang lebih terutamanya kepada ibu bapa yang kurang didikan agama. Pelbagai kursus seperti kursus pra-perkhawinan juga boleh dilancarkan untuk memberikan pengajaran dan pendidikan kepada ibu bapa mahupun golongan muda yang bakal mendirikan rumah tangga. Pendidikan seperti ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka tentang kesan yang akan berlaku sekiranya kes penderaan terhadap kanak-kanak terus meningkat. Mungkin, dengan adanya program seperti ini mereka akan lebih sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul dalam membesarkan anak-anak sangatlah berat dan biarpun begitu mereka haruslah sabar dalam menempuhi kehidupan bekeluarga. Mereka akan lebih jelas mengenai cara-cara mengatasi tekanan serta cara malayan pasangan dengan baik. Hal seperti ini sudah semestinya akan mengurangkan kes penderaan kanak-kanak.

Kesimpulannya, penderaan terhadap kanak-kanak merupakan perbuatan yang cukup keji terutama di sisi agama Islam. Hal ini seolah-olah ingin menjahanamkan aset sesebuah negara kerana anak-anaklah yang akan mewarisi sesebuah ekonomi negara. Anak-anak juga merupakan anugerah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam menjaga amanah Allah. Anak-anak seumpama kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan mereka sehingga mereka meningkat dewasa. Jika mereka diperlakukan dengan perbuatan yang agresif pada usia mereka masih kecil, tidak mustahil mereka akan bertindak lebih agresif pada masa akan datang. Hargailah anak-anak dan jangan sakiti mereka kerana ia tidak akan menguntungkan kepada mana-mana pihak malah ia akan memberikan kesan yang buruk pada masa akan datang.


Dituliskan oleh: Muhammad Zamri bin Ali

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK"

Post a Comment