PENYALAHGUNAAN DADAH


Dadah adalah musuh dan pemusnah kehidupan. Penagih dadah dikenali sebagai hidup dengan bergantung kepada dadah. Kebiasaanya ia akan mendatangakan perasaan gembira yang melampau kepada penagih atau penagih bertujuan lari daripada kenyataan. Pada permulaannya ianya dianggap penyelesay masalah hidup atau satu cara mencari ketenangan hidup, namun lama-kelamaannya ianya telah bertukar menjadi racun kepada diri dan kehidupan. Disebabkan ketagihan dadah,ramai jiwa dan nyawa telah musnah. Contohnya, penagih dadah cenderung menggunakan secara berterusan walaupun berlaku sesuatu masalah dalam diri dan masyarakat, sering terlibat dengan masalah perundangan serta meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya.

Faktor-faktor yang menyebabkan se
seorang mengambil dadah ialah ingin mencuba, terikut-ikut dengan kawan, amalan kawasan sekelilingnya, suasana semasa seperti berlakunya peperangan atau munculnya pelbagai jenis kelab malam yang ditubuhkan bak cendawan tumbuh selepas hujan di merata-rata tempat, tekanan dari pelajaran, pekerjaan dan masyarakat serta bagi tujuan merawat. Pada pendapat saya, punca utama yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah ialah masalah personalitinya yang tidak dapat mengawal dirinya mengambil dadah. Dalam masyarakat, terdapat banyak jenis dadah yang kerap disalahgunakan seperti candu (ia boleh melahirkan rasa gembira dan penahan sakit), kokain (munculnya perasaan keyakinan yang kuat), tembakau, ganjal, alkohol, hidu gam dan petrol, dan sebagainya.

Tanda-tanda yang membolehkan kita
mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti dia akan sentiasa gelisah dan penat, bercakap merepek, menghidari kawan biasa yang tidak mengambil dadah, prestasi kerja atau akademik yang merosot, mencuri wang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja, perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian dan lain-lain lagi. Di samping itu, kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan kenersihan dan kesihatan diri (dia mungkin akan menghidapi kanser paru), kesihatan mental, prestasi pelajaran, hubungan sosial, status kewangan dan menimbulkan pelbagai jenis kes jenayah seperti merompak, merogol, membunuh dan sebagainya.

Ketagihan adalah sifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah dukar disembuhkan. Oleh itu, pertolongan daripada professional amat diperlukan. Agensi Anti Da
dah Kebangsaan(AADK), PEMADAM, dan PENGASIH memainkan peranan penting dalam perawatan ini. Rawatan yang dijalankan termasuk terapi kelakuan (menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan), detoksofikasi (menghilang kesan dadah dalam badan), dan kaunseling (memberi motivasi dalam menangani masalah peribadi). Perawatan hanya boleh mengubati kulit luar seseorang itu, dan bagi memulihkan seseorang kembali, pencegahan adalah amat diperlukan. Langkah-langkah yang dapat mengurangkan seseorang mengambil dadah ialah seseorang penagih dadah itu perlu memperkukuhkan kendali perilaku mereka kerana hal ini membolehkan mereka berkomitmen dalam melawan ketagihan yang dialami. Langkah seterusnya ialah seseorang itu perlu mempunyai pegangan agama yang kuat pada diri sendiri, ini disebabkan agama boleh menahan seseorang terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif. Sebagai contoh, pengambilan dadah merupakan amalan yang tidak beretika dalam semua agama, oleh itu penganut agama dilarang mengambil dadah. Pengambilan dadah bukan sahaja meruntuhkan moral dan etika diri sendiri dan juga menjejaskan kesihatan mereka. Selain itu, pemantauan daripada masyarakat amat diperlukan.Pihak kerajaan harus mengadakan pelbagai jenis ceramah di sekolah, universiti untuk menyedarkan orang ramai betapa bahayanya mengambil dadah. Kawalan berterusan perlu dijalankan oleh pegawai setempat bagi mengurangkan amalan tidak sihat ini, dan aktiviti kawalan serta kempen kesedaran ini haruslah dilakukan secara berterusan tetapi bukannya, sekadar "melepaskan batuk di tengah tangga".
Tiada siapa mahu ketagih dadah. Penagih bukanya sengaja menagih dadah semata-mata untuk memusnahkan kehidupan mereka sendiri dan menyakitkan hati orang yang menyayangi mereka. Malangnya, masyarakat sering memandang serong terhadap mereka, dan berpendapat mereka yang patut disalahkan kerana ketagihan mereka itu, walhal mereka boleh berhenti jika mereka benar-benar mahu, bak kata pepatah, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Umumnya, masyarakat harus mengubah pandangan buruk mereka terhadap penagih dadah, dan memberi peluang lagi kepada mereka kembali ke asalnya. Bukan sahaja pihak berkuasa bertanggungjawab dalam kes ini, ibu bapa dan masyarakat juga memainkan peranan penting untuk merawat mereka.


Dituliskan oleh: Lee Jia Jie

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "PENYALAHGUNAAN DADAH"

Post a Comment